- 7-ELEVEN MALAYSIA HOLDINGS BERHAD
- ANCOM BERHAD
- BHS INDUSTRIES BERHAD
- CB INDUSTRIAL PRODUCT HOLDING BERHAD
- COASTAL CONTRACTS BHD
- CREST BUILDER HOLDINGS BERHAD
- CSC STEEL HOLDINGS BERHAD
- DAIBOCHI PLASTIC AND PACKAGING INDUSTRY BERHAD
- INTEGRATED LOGISTICS BHD
- IOI CORPORATION BERHAD
- KSL HOLDINGS BERHAD
- KULIM (MALAYSIA) BERHAD
- LBS BINA GROUP BERHAD
- MAA GROUP BERHAD
- MITRAJAYA HOLDINGS BERHAD
- N2N CONNECT BERHAD
- NYLEX (MALAYSIA) BERHAD
- PANTECH GROUP HOLDINGS BERHAD
- TIONG NAM LOGISTICS HOLDINGS BERHAD
- WCT HOLDINGS BERHAD
- YI-LAI BERHAD
Bursa Malaysia Share Buy Back
Sibu Jaya di masa depan
![]() |
Masa tahun 2010 tak macam ni :) |
Pernah menyewa di perumahan Sibu Jaya pada tahun 2010. Ada kedai, ada sekolah, ada masjid, ada giatmara dan yang penting ada streamyx :)
Tahun ni 2015, nampak banyak perubahan. Dah macam kat dalam video sedikit demi sedikit.
Perumahan makin banyak, pemandangan makin cantik <3
![]() |
Perumahan Sibu Jaya Pearl Avenue yang dibangunkan oleh AMCORP Properties |
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Excel 2015 printer dot matrix
Buku Mewarna Drawing Coloring Book Tiara Ariel Disney Lego
Nor ada upload kat google drive untuk kegunaan sendiri. Boleh juga terus dapatkan di laman web lego. Klik di sini http://www.lego.com/en-us/disneyprincess/downloads/downloads/celebration-1
Pelan Internet Celcom Prepaid
Salam, pelan internet celcom boleh dilanggan bulanan, mingguan atau harian.
Paling murah RM1 untuk 30MB dan paling mahal RM58 untuk 4GB.
Terbaik celcom. Celcom pun ada tersenarai di Bursa Malaysia, dikenali sebagai Axiata.
Sekarang ni pun sedang menggunakan internet celcom RM10 untuk 1 minggu. :) Cuti-cuti Malaysia.
Caj rawatan gigi di klinik kerajaan Malaysia
Salam, hari ini pergi buat rawatan gigi.
.
Sempat ambil gambar caj rawatan gigi sementara menunggu resit bayaran.
.
Bayaran pendaftaran untuk rawatan gigi RM1 sahaja setiap kali nak buat rawatan. Kemudian ada bayaran tambahan ikut jenis rawatan yang kita buat.
.
Gigi sihat, makanan minuman semua sedap.
Alhamdulillah.
Kisah angin dan debu di dalam Al Quran
Salam buat pembaca yang budiman, semoga diberi kesihatan yang baik.
Di dalam Al Quran ada kisah sejarah mengenai angin dan debu.
Kisah kaum Aad yang dibinasakan melalui angin. Angin yang tidak mengandungi sebarang kebaikan ini telah menghancurkan apa sahaja dalam laluannya seperti debu.
Kaum Aad ialah kaum yang telah mengingkari perintah Allah. Kisahnya tertulis di dalam Al Quran.
Semoga memberi pengajaran kepada kita.
Wassalam.
Cara tukar kategori Facebook Page
Hari ni nak tunjuk cara tukar kategori Facebook Page.
Kaedah ini dibuat pada 12/10/2015.
Kaedah ini boleh digunakan selagi facebook tidak mengubah setting mereka :)
Bahasa yang digunakan English.
Secara ringkasnya:
1. Buka facebook page
2. Pergi ke 'About'
3. Edit 'Category'
4. Pilih kategori yang sesuai.
5. Save changes.
![]() |
Klik About pada Facebook Page |
![]() |
Klik Edit pada Facebook Page |
![]() |
Pilih kategori yang berkaitan |
![]() |
Klik Save Changes |
![]() |
Kategori berjaya ditukar |
Jumpa lagi :)
Nombor dalam bahasa Melanau Matu Mato
![]() |
Nombor dalam bahasa Melanau Matu |
Salam buat pembaca yang budiman :)
Bahasa Melanau ialah bahasa yang digunakan oleh kaum Melanau di Sarawak, Malaysia.
Bahasa Melanau yang bakal anda baca merupakan bahasa Melanau Matu. Matu merupakan nama tempat yang terletak di Matu, Mukah, Sarawak. Dalam bahasa Melanau, Matu disebut 'Mato'.
Mari sama-sama mengenal nombor dalam bahasa Melanau Mato :)
1. Satu
2. Duah
3. Telo
4. Pat
5. Limah
6. Enam
7. Tujuk
8. Ayan
9. Ulan
10. Peluen.
'e' yang digunakan sama seperti menyebut perkataan emak :) bukan epal yer.
ok, kita sambung sikit lagi.
11. Sebeles
12. Duah beles
13. Telo beles
14. Pat beles
15. Limah beles
16. Enam beles
17. Tujuk beles
18. Ayan beles
19. Ulan beles
20. Duah puluk
Setakat ini dahulu. Wassalam.
*Nor kaum Melanau Matu Sarawak. Ada satu lagi sistem nombor yang nenek ajar tapi nor hanya ingat 1 hingga 3 sahaja. Sak, Duak, Talak... :)
Doa murah rezeki di dalam Al Quran dalam bahasa Melayu
Di sini terdapat 8 doa murah rezeki di dalam Al Quran iaitu :
- Ayat seribu dinar : Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Ali Imran Ayat ke 27
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 36
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 39
- Doa Nabi Isa A.S : Surah Al Maidah Ayat ke 114
- Doa Nabi Musa A.S : Surah Al Qasas Ayat ke 24
- Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Ibrahim Ayat ke 37
- Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Al Baqarah Ayat ke 126
1. Doa murah rezeki : Ayat seribu dinar (Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3)
Doa murah rezeki : Ayat seribu dinar |
Ayat ini lebih dikenali sebagai ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar merupakan doa untuk memohon rezeki daripada Allah terutama apabila ditimpa kesulitan. Doa ini merupakan sebahagian daripada ayat ke 2 dan ayat ke 3 surah At Talaaq.
2. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Ali Imran Ayat ke 27)
Ayat ini merupakan ayat yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw. Ayat mengenai kebesaran Allah swt dalam mentadbir malam dan siang, hidup dan mati dan hanya Allah yang memberi rezeki yang tidak terhitung kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
3. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Saba’ Ayat ke 36)
Ayat ini merupakan doa yang diberikan kepada Nabi Muhammad.
4. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Saba’ Ayat ke 39)
Ayat ini merupakan doa yang diberikan kepada Nabi Muhammad.
5. Doa murah rezeki : Doa Nabi Isa A.S (Surah Al Maidah Ayat ke 114)
Ayat ini merupakan doa Nabi Isa as agar diturunkan hidangan dari langit. Doa Nabi Isa as. merupakan sebahagian daripada ayat ini.
6. Doa murah rezeki : Doa Nabi Musa A.S (Surah Al Qasas Ayat ke 24)
Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Musa. Doa Nabi Musa terdapat di sebahagian pada ayat ini.
7. Doa murah rezeki : Doa Nabi Ibrahim A.S (Surah Ibrahim Ayat ke 37)
Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Ibrahim memohon rezeki untuk kota Mekah.
8. Doa murah rezeki : Doa Nabi Ibrahim A.S (Surah Al Baqarah Ayat ke 126)
Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Ibrahim untuk Kota Makkah. Doa Nabi Ibrahim terdapat di sebahagian pada ayat ini.
Doa itu senjata mukmin. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.
Ebook dalam bentuk pdf :
Sistem Menjemput rezeki
Doa murah rezeki di dalam Al Quran
Basuh pinggan sebaik sahaja habis makan : Petua murah rezeki
Suka guna pinggan putih |
Kenapa pula pada pandangan nenek atau orang dahulu basuh pinggan selepas habis sahaja makan boleh murah rezeki?
Ini pendapat peribadi Nor, bila kita sendiri yang basuh pinggan yang kita gunakan sebenarnya dalam diam kita mengurangkan tekanan kepada orang lain. Orang pun tiada rasa sakit hati. Bila Nor amalkan ini semasa zaman belajar dulu, dapat rasakan kebaikan basuh pinggan sendiri. Jika rajin boleh juga basuh pinggan orang lain :). Bila kita kurangkan tekanan pada orang lain, insyaallah orang lain mudah berurusan dengan kita. Mudah urusan, mudah rezeki masuk :).
Bila masing-masing sudah terdidik membasuh pinggan sendiri, agak kurang pinggan lain yang hendak dibasuh. Mungkin sebelah malam boleh kosongkan sinki. Esok hari tiada lagi fikir hendak basuh pinggan di sinki. Kita terus melakukan aktiviti harian yang lain. Ini petua daripada nenek suami pula. Sebelum tidur pastikan semua pinggan mangkuk sudah dibasuh. Sama juga agar dimurahkan rezeki pada esok hari.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Pinggan mangkuk yang masuk ke dalam sinki sebenarnya mempunyai kotoran sebab itulah di situ tempatnya. Membasuh dengan segera kotoran ini pasti membuatkan persekitaran sentiasa bersih, terhindar dari bau-bauan yang tidak menyenangkan. Kehidupan yang bersih pasti menyebabkan fikiran menjadi lebih tenang. Fikiran tenang pasti mudah untuk kita berfikir cara-cara yang terbaik untuk mencari rezeki :).
Banyak kelebihan bila basuh terus pinggan yang telah digunakan. Kita semua mempunyai budaya dalam kehidupan masing-masing. Bagi Nor, budaya ini baik untuk pengurusan rutin harian. Bagi yang tidak boleh mengikuti cara ini, janganlah dipaksa :).
Ok, setakat ini dahulu. Wassalam.
Doa murah rezeki di dalam bentuk pdf
![]() |
Klik untuk download Doa Murah Rezeki dalam bentuk pdf |
Contoh resume ringkas dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Kali ini nor ingin berkongsi cara menulis resume. Contoh resume pada artikel ini ialah resume ringkas dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Boleh diubah mengikut kesesuaian anda. Paparan terbaik ialah menggunakan paparan web/desktop.
Boleh download contoh resume dalam bentuk microsoft word seperti di dalam gambar di bawah. Boleh download di link ini
https://drive.google.com/file/d/0B2UtCdGWiBdgMVJfSTBOc08yN2s/view?usp=sharing
Resume salah satu dokumen yang diperlukan apabila kita ingin memohon pekerjaan. Terdapat pelbagai format resume. Ada resume yang hanya sekeping kertas. Ada juga resume yang berbentuk seperti buku, ada muka hadapan, resume utama, diikuti dokumen sokongan dan di'binding' dengan kemas.
![]() |
Contoh Resume Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
![]() |
Rahsia Resume |
10 Panduan mencari rezeki di dalam Al Quran
![]() |
Al Quran Bahasa Melayu |
10 panduan mencari rezeki di dalam Al Quran :
- Allah pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya
- Berserah diri bulat-bulat kepada Allah untuk memperoleh rezeki
- Berhijrah untuk memperoleh rezeki
- Carilah rezeki di waktu siang
- Mencari rezeki di kebun
- Mencari rezeki di laut
- Mencari rezeki melalui ternakan
- Memperoleh rezeki dengan memberi derma
- Memperoleh rezeki dengan memberi nafkah
- Jauhilah orang yang boros dengan baik ketika kita masih menunggu rezeki daripadaNya
1. Allah pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah 2:212)
2. Berserah diri bulat-bulat kepada Allah untuk memperoleh rezeki
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3)
3. Berhijrah untuk memperoleh rezeki
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:100)
4. Carilah rezeki di waktu siang
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
(Al-Israa' 17:12)
Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
(Al-Furqaan 25:47)
5. Mencari rezeki di kebun
Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
(Al-Mu'minuun 23:19)
6. Mencari rezeki di laut
Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.
(Al-Israa' 17:66)
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:14)
7. Mencari rezeki melalui ternakan
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
(Al-Mu'minuun 23:21)
8. Memperoleh rezeki dengan memberi derma
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(Saba' 34:39)
9. Memperoleh rezeki dengan memberi nafkah
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(At-Talaaq 65:7)
10. Jauhilah orang yang boros dengan baik ketika kita masih menunggu rezeki daripadaNya
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-Israa' 17:27)
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
(Al-Israa' 17:28)
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
(Al-Israa' 17:29)
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
(Al-Israa' 17:30)
Al Quran telah memberikan petunjuk untuk kita mencari rezeki di dunia ini. Rezeki ada di mana sahaja. Dengan izinNya pasti ada rezeki untuk kita semua.
Download Ebook mengenai panduan mencari rezeki :
9 Formula Pantas Seru Rezeki
Template Kalendar Islam Malaysia
hari ini ada buat Kalendar 2016.
Diberi nama Kalendar Harian Islam 2016. Boleh cetak dalam bentuk buku.
Nor buat kalendar ni untuk kegunaan sendiri :)
Dalam kalendar harian ni ada:
1. kalendar masihi dan hijrah 2016
2. kalendar cuti sekolah 2016
3. kalendar cuti umum 2016
4. hari gaji 2016 untuk pejawat awam
5. Waktu solat 2016. Ikut masa di Kluang, Johor :)
![]() |
Kalendar Harian Islam 2016 Malaysia |
1. Kalendar Harian Islam 2016 Malaysia dalam bentuk word (docx)
2. Kalendar Harian Islam 2016 Malaysia dalam bentuk pdf (pdf)
Selamat Tahun Baru <3
Rujukan:
Cara memilih minyak wangi Parfum
![]() |
Minyak Wangi kategori Parfum |
Tips ni khas untuk minyak wangi kategori Parfum. Di dalam artikel ini banyak menggunakan contoh Parfum Naturel by KE.
Antara perkara yang perlu diketahui sebelum memilih minyak wangi ialah:
1. Jenis-jenis minyak wangi
2. Minyak wangi untuk lelaki atau wanita
3. Jenis botol minyak wangi
4. Personaliti
5. Persediaan sebelum mencuba minyak wangi
5 JENIS MINYAK WANGI
Dalam minyak wangi terdapat 5 kategori minyak wangi mengikut tahap kepekatan minyak wangi atau 'Fragrance concentrations'.1. Minyak Wangi Parfum / Extrait de Parfum
Parfum dikenali juga sebagai extrait de parfum atau minyak wangi asli 'pure perfume'. Parfum mengandungi kepekatan minyak wangi yang paling tinggi iatu antara 15% - 40% minyak wangi. Kebanyakannya parfum mengandungi 20% hingga 30%. Berbanding semua minyak wangi, parfum paling tahan lama. Biasanya ketahanan parfum antara 6 ke 8 jam. Parfum juga secara umum, harganya lebih tinggi berbanding minyak wangi kategori lain kerana kandungan minyak wangi yang lebih tinggi berbanding yang lain.2. Minyak Wangi Eau de Parfum (EDP)
Selepas parfum, seterusnya EDP mengandungi kadar kepekatan minyak wangi yang tinggi. Secara umumnya kadar kepekatan minyak wangi di dalam EDP antara 15% hingga 20%. Kadar ketahanan minyak wangi EDP antara 4 ke 5 jam. EDP juga biasanya harga kurang mahal berbanding parfum. EDP sesuai untuk kegunaan harian dan yang paling biasa kita dengar apabila berbicara mengenai minyak wangi.3. Minyak Wangi Eau de Toilette (EDT)
Kepekatan minyak wangi di dalam EDT antara 5% hingga 15%. Ianya lebih murah daripada EDP dan antara yang paling popular. Ketahanan minyak wangi EDT antara 2 ke 3 jam. Sesetengah pemakai minyak wangi menggambarkan EDT sesuai dipakai pada waktu siang, manakala EDP sesuai dipakai waktu malam. Perkataan "Eau de Toilette' berasal daripada perkataan Perancis 'faire sa toilette' yang bermaksud siap sedia :)4. Minyak Wangi Eau de Cologne (EDC)
Kepekatan minyak wangi di dalam EDC lebih rendah berbanding minyak wangi yang lain. EDC secara umumnya kepekatan minyak wangi antara 2% hingga 4%. Harganya antara yang paling murah antara minyak wangi yang lain dan ketahanan minyak wangi sehingga 2 jam. EDC kebiasaannya di dalam botol besar dan digunakan dalam kuantiti yang banyak.MINYAK WANGI UNTUK LELAKI ATAU WANITA
Minyak wangi juga biasanya dikategorikan mengikut jantina.Minyak wangi untuk lelaki (For Him)
Kebiasaannya minyak wangi yang dikhaskan untuk lelaki mengandungi bahan-bahan daripada daun herba atau kayu.![]() |
Minyak wangi parfum untuk lelaki (Parfum For Him) |
1. Blackout Mahogany by KE
Bahan-bahan: kayu cendana (sandalwood), kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
2. Blackout Tonkabein by KE
Bahan-bahan: kacang tonka (tonka bean), kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
3. Blackout Morsie by KE
Bahan-bahan: citrus, ylang-ylang, mint, patchouli, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
Minyak wangi untuk wanita (For Her)
Kebiasaannya minyak wangi yang dikhaskan untuk wanita mengandungi bahan-bahan daripada bunga atau buah-buahan.![]() |
Minyak wangi parfum khas untuk wanita (Parfum For Her) |
1. Justica Bachelor by KE
Bahan-bahan: mawar, jasmine, vanilla, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
2. Justica Confession by KE
Bahan-bahan: anggur, lavender, patchouli, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
3. Justica Sweet 17 by KE
Bahan-bahan: epal, vanilla, kasturi (musk), gaharu (oud), honey (madu)
JENIS BOTOL MINYAK WANGI
Kebiasaanya terdapat 2 jenis botol minyak wangi iaitu:1. Botol Spray
2. Botol Roll On
Botol Spray
Bagi nor, bila guna spray lebih terasa pakai minyak wangi :) Guna botol spray juga ada kelebihan. Salah satunya cecair minyak wangi tiada terdedah kepada bahan lain.Botol Roll On
Nor pun suka calit-calit, guna botol roll on. Botol roll on biasanya sesuai bersaiz kecil, mudah nak simpan dan cepat habis.. hehe. Minyak wangi di dalam botol roll on mudah terdedah dengan bahan lain. Biasanya ada yang calit kat kulit, baju. Sekiranya ada benda asing kat tempat dicalit, kemungkinan bahan asing tu akan masuk dalam botol :)PERSONALITI
Minyak wangi juga boleh dipilih berdasarkan personaliti. Di bawah contoh personaliti dan minyak wangi yang sesuai berdasarkan pengalaman team KE sepanjang menjual minyak wangi. Anda juga boleh bertanyakan penjual minyak wangi siapa biasanya yang memakai minyak wangi yang anda ingin beli.Personaliti segak, tegas serta berkarisma yang menggambarkan kegagahan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Morsie
Personaliti bangsawan yang beridentiti kuat dan garang, namun disebaliknya mempunyai daya penarik yang menawan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Mahogany
Personaliti yang unik, sukakan esklusif dan kelainan. Haruman yang jarang ditemui pada golongan kebanyakan.
Pilihan minyak wangi: Blackout Tonkabein
Personaliti yang sukakan Kesegaran, Membawa identity Freedom, bebas dan bertenaga. Pilihan minyak wangi: Justica Bachelor
Personaliti yang moden dan bekerjaya.
Pilihan minyak wangi: Justica Confession
Personaliti yang periang dan remaja.
Pilihan minyak wangi: Justica Sweet 17.
PERSEDIAAN SEBELUM MENCUBA MINYAK WANGI
Sekiranya anda membeli minyak wangi untuk diri sendiri dan bukannya orang lain, di sini ada beberapa tips.
Sebelum mencuba minyak wangi, pastikan kita dalam keadaan yang tenang dan gembira. Bau-bau yang bakal kita hidu mungkin akan mengingatkan kita kepada perkara-perkara tertentu.
Hidu pada kepala botol atau kertas tester yang baru diletakkan minyak wangi. Bau itu ialah bau pertama yang akan kita hidu. Bau pertama ini umpama pembuka selera :). Bau pertama ini berkemungkinan dan kebiasaannya akan berubah selepas beberapa ketika.
Untuk merasai perasaan sebenar selepas memakai minyak wangi, letakkan minyak wangi di bahagian badan kita. Minyak wangi boleh diletak sama ada pada pakaian (biasanya di hujung lengan baju) atau terus pada kulit (di pergelangan tangan). Ambil masa mungkin dalam 1 ke 2 jam dan seandainya anda selesa dengan bau tersebut, itulah minyak wangi yang sesuai untuk anda.
Ok, yang ni sedikit info cara memilih minyak wangi Parfum.
Semoga dapat membantu pilihan anda :)
Sekian, jumpa lagi.
Rujukan:
http://www.popsugar.com/beauty/Eau-de-Toilette-Eau-de-Parfum-Parfum-What-Mean-19193129
https://www.perfume.com/article-a-guide-to-perfume-types
http://www.profumo.it/blog/index.php/2008/10/male-perfume-tips-for-conquest/
Cara mudah bersalin normal
Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama.
![]() |
Cara mudah bersalin normal |
1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan
4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri
5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :
1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.
Semoga info ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu di luar sana :).
Petua Rasulullah untuk ibu mengandung
Pengalaman bersalin secara pembedahan cesarean
![]() |
Pengalaman bersalin secara pembedahan cesarean |
Makanan dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan caesarean
![]() |
Makanan dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan caesarean |
Menu pagi : Milo, oat, roti, kurma
Menu tengah hari : Air kosong, nasi putih, sawi rebus, ikan bakar.
Menu petang : Milo, oat, roti, kurma.
Menu malam : Air kosong, nasi putih, sawi rebus, ikan bakar.
Menu lapar tengah malam : Milo, kurma.
hehe, ini lah menu nor sepanjang berpantang. :).